Friday, March 4, 2011

Bahang Catur

Dapat SMS pada hari selasa 1 Mac 2011, dua mesyuarat akan diadakan di Sabak Bernam pada 3 Mac 2011. Pertama Mesyuarat Teknikal dan kedua Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan MSS Catur. Pukul 9.45 am baru dapat faks dari PPD, menyatakan ada mesyuarat. Tak de surat payah juga nak keluar. Bertolak dari SKBJ pukul 10 pagi, bersama Puan Ong GPK KOKU Seksyen 9. Asyik berborak sepanjang perjalanan , tengok-tengok dah sampai Simpang Lima. Berhenti kat pekan Sg Besar, pekena teh tarik dulu, nak makan kenyang lagi.
Bergerak ke PPD Sabak Bernam, dan mesyuarat bermula pukul 12.30 pm gitu. Habis dalam pukul 1.30 pm. Mesyuarat kedua bermula pukul 2.30 pm - 4.30 pm, tak sempat nak g makan tengahari. Habis mesyuarat bergegas cari Homestay untuk pasukan Petaling Perdana. Alhamdulillah dapat, dan berpuas hati dengan rumah tersebut. Sampai ke rumah 8.30 pm, laparnya .... makan soto je masa jamuan tadi.
9 Mac 2011, akan diadakan mesyuarat penyelarasan pertandingan catur peringkat daerah Petaling Perdana. Kesibukan sudah bermula. Berdoa, semoga Petaling Perdana berjaya mengekalkan kejuaraan untuk kali ke - 2. Harapan juga dipertaruhkan kepada pemain-pemain catur SKBJ, untuk terus hebat bersama CATUR.
SKBJ HEBAT.

Sebahagian dari Pemain Catur SKBJ 2010

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.