Tuesday, March 15, 2011

Catatan NAG 3

Menjadi kebiasaan, apabila ada kejohanan sebegini, ramai ibu bapa akan mengiringi anak-anak. Kami memang sudah mengenali antara satu sama lain. Banyak cerita baru dan lama. Bertukar-tukar pendapat dan sebagainya. Apa yang saya perhatikan pasukan dari Pulau Pinang mempunyai perancangan yang rapi sebelum mereka turun ke Tronoh. Tak dapat dinafikan Pulau Pinang mempunyai program pembangunan sukan catur yang baik. Bolehlah dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain. Bagi saya yang baik boleh dijadikan contoh dan yang tak elok dijadikan sempadan. Negeri Kelantan juga menghantar team catur mereka dan begitu juga dengan Kuala Lumpur. Bagi SK Bukit Jelutong, ada 9 orang pemain catur menyertai pertandingan ini.  Tahniah kepada ibu bapa mereka kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan untuk memenuhi impian anak masing-masing bagi menyertai pertandingan ini.

Sentiasa memberi sokongan moral kepada anak-anak
Menunggu di luar dewan sebelum R4
Ibu Mithali
Menjamu selera di luar dewan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.