Tuesday, March 15, 2011

Catatan NAG 4

Anak-anak bermain catur, mak ayah kat luar yang seram sejuk. Setiap kali anak-anak bermain catur perasaan tu akan datang. Lagi-lagi jika nampak gerakan buah yang tak sepatut di lakukan. Jantung ni berdegup kencang jika melihat anak semasa "end game". Kesian kat faqih apabila dia kalah round 4. Dia tahu telah melakukan gerakan yang tidak sepatutnya. Aku yang kat atas, nampak dia bangun dan berjalan keluar. Pantas aje turun ke bawah, sebab tahu sangat dia akan menanggis. Seperti yang dijangka semasa aku turun tu, dia sedang ditenangkan oleh Sham, salah seorang ibu pemain catur. Dalam keadaan dia teresak-esak tu sempat dia berkata Faqih silap jalan, buah dah takleh gerak, Faqih resign. Sebagai seorang ibu, waktu ini memang anak memerlukan sokongan moral bukan dimarah. Selepas dia tenang barulah kita bagi tahu apa yang perlu. Alhamdulillah, faqih mendapat tempat ke-3, walaupun target dia akan jadi Champion. Tapi yang membanggakan Faqih berjaya mengalahkan Champion NAG 2011 U8-B.
Pusingan akhir faqih menang
Farihah di meja 2
Faiqah dapat tempat ke 5
Faris dapat mendapat tempat ke 12
Faqihah semakin meningkat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.