Saturday, February 26, 2011

Sabtu 26 Feb 2011

Hari yang agak memenatkan. Kena hantar dan tunggu anak kat Taman OUG untuk Excel Fide Tournament. Hari ni pulak mereka main tah apa-apa, blunder sana blunder sini ( cehhhh.... pandai je... cuba mamanya yang main ... tah tah teruk lagi ). Mereka habis cepat, sebelum pukul 3 pm dah habis. Lepas tu pergi ke SSP, Cyberjaya. Mana satu jalan nak ikut ni. Redah aje la, asal sampai. Sampai SSP dalam pukul 4 pm. Pastu plan nak g KLIA ambil husband, tapi anak-anak ni cakap , jom la balik ... Abah naik teksi je. Ishhhhhh... budak-budak ni. Fikir punya fikir, balik je la, sebab nak masak lagi. Sampai rumah pukul 6 pm. Masak cepat-cepat, maka terhidanglah asam pedas ikan duri, ayam goreng dan ulam. Esok , ahad satu hari yang penuh dengan aktiviti. Jangan migrain dah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.