Selalu mengingatkan diri , supaya berhati-hati jika memandu berseorangan. Tak kira la waktu pagi, petang, siang atau malam.
1) Bila masuk kereta kunci kereta dulu.
2) Pakai tali pinggang dan start kereta.
3) Hand bag letak bawah kerusi.
4) Sentiasa berwaspada keadaan sekeliling semasa memandu.
Apa yang telah berlaku tadi cukup menakutkan. Hampir-hampir menjadi mangsa samun. Silapnya hanya satu, nak cepat dah lambat. Jadi hand bag letak aje sebelah tempat duduk penumpang. Dah perasaan ada motor mengekori, mencurigakan, jadi slow skit bagi peluang motor tu potong. Memang perasan muka mamat 2 orang tu, lebih-lebih lagi yang membonceng dibelakang. Dalam hati berbaik sangka. Teruskan perjalanan hingga ke rumah, berhenti betul2 depan rumah, sementara pintu pagar terbuka terdengar bunyi pintu kereta cuba dibuka dan cermin kereta di ketuk. Alhamdulillah cermin tu tak pecah, kerana terkejut , bunyikan hon kereta. Mamat tu pun cabut le. Ketar kaki tangan di buatnya.
Syukur alhamdulillah, Allah masih memberi perlindungan, masih menjaga keselamatan, dan masih memberi peluang untuk aku lebih berwaspada. Tiada apa yang boleh diucapkan lagi , cuma ALHAMDULILLAH SYUKUR..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.