Saturday, September 3, 2011

Aminuddin Family Team

Tahun ini anak-anak semua masuk pertandingan 31st ASTRO Merdeka Rapid Open Team Chess Championship. Kami balik raya selepas pertandingan tersebut.  Bagus juga balik hari isnin 28 Ogos, sebab tak jem ... Alhamdulillah.

 
Dapat la hadiah kenang kenangan  
Fokus .............



Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Kenangan di penghujung tahun1998. Puasa pertama , mendapat berita bapak sakit. Dalam sibuk-sibuk menyediakan jaudah berbuka, bapak meminta belikan tepung pelita untuk berbuka. Bergegas suamiku mencari apa yang dia inginkan. Akhirnya bapak pergi untuk selamanya pada 31.12.1998, bersamaan 15 Ramadhan. Masa tu baru cukup setahun aku menjadi seorang guru.  Bapak kurang senang bila aku berhenti kerja semata-mata untuk menjadi cikgu.  Aku katakan, kena korbankan kerjaya sedia ada, demi anak-anak dan keluarga. Cuma aku minta, bapak doakan semoga apa yang pengorbanan ini akan membuahkan hasilnya. Alhamdulillah setakat ini, nampak anak-anak semuanya seperti yang aku dan suami inginkan. Al-Fatihah untuk Ayahanda tercinta , Mohamad bin Hashim.

Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

Sunday, July 24, 2011

Kenny, Remy & Martin - Suratan Atau Kebetulan Versi II

ASEAN AGE GROUP CHESS CHAMPIONSHIP 2011

Tiga orang anak menyertai pertandingan ini. Segala perbelanjaan adalah usaha sendiri. Mendengar kata peransang rakan-rakan yang positif,Datuk  Nicol David berjaya seperti sekarang mulanya dengan susah payah ... begitu juga dengan pemain badminton negara Datuk Lim Chong Wei yang kini bergelar pemain NO1 dunia.  Semua jadi iktibar. Kata positif dan negatif di anggap satu motivasi yang berguna untuk mencapai impian. Bagi mencapai impian tidak mudah. Bertemu dengan pelbagai gelagat manusia. Ada yang benar-benar ikhlas membantu. Ada yang ingin menjatuhkan. Ada juga yang memandang hina. Ada juga menikam dari belakang. Tidak kurang juga memberikan sokongan dan galakan yang positif dan ikhlas.  Rambut sama hitam tapi hati sapa pun tak tau dan tak nampak. Sebagai manusia, cuma melakukan yang terbaik terutama untuk anak-anak. Alhamdulillah 2 orang anak berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara berpasukan rapid event iatu Faqih dan Faqihah. Semoga kejayaan inin akan menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang.

Bersam Kontijen Malaysia

Gangsa Berpasukan Rapid Event - Open 8

Gangsa Berpasukan Rapid Event

Faiqah begitu teruja untuk ke Vietnam pada tahun 2012

Bersama pemain Indonesia

Bersedia untuk bertarung

A TO Z - Darjat

Tuesday, July 19, 2011