Tuesday, February 12, 2013

Januari

Mula aje sesi persekolahan, aku adalah orang paling sibuk. Memandangkan MSSD Catur perlu dilaksanakan lebih awal. Mesyuarat bulan disember 2012 telah memutuskan MSSD akan dijalankan pada 22 - 23 Jan 2013. Kena fikir macam2 team sekolah dan juga team PP. Rasanya lebih banyak kerja luar dari berada di sekolah. Kesian anak2 murid, tapi ade bagi kerja dan dah janji pun dgn mereka akan diganti semula bila berada di sekolah. Hahaha .... paling teruk aku lupa hari nikah anak saudara aku kat kampung. Ala kampung dekat je, kebetulan hari persandingan belah perempuan, skbj ada friendly match ngan sks9. Nak tak nak kena pegi juga la .... dah 1 - 3 Feb 2013 tak dapat hadir kerana berada di Perak.

Pada 19 Jan 2013( masa ni sabtu) dapat khabar , ayah mentua tak sihat. Komitmen yang lain banyak, encik abang balik kg sorang la. Nasib baiklah MSSD Catur Rendah di tunda kalau tidak ....
Sebelum encik balik kg saip pesan sekiranya teruk bawala ke rumah kami sbb mam mentua pun tak sihat, tak kan orang sakit jaga orang sakit. Pagi2 dapat panggilan, 20 Jan 2013 , mereka ( adik beradik encik abe n abe sekali la ) akan bawa ayah dan cik ke rumah kami. Maka aku sediakanla bilik untuk mereka. Siap masak bagai. Sabar menanti ayah, cik, en abe n adik beradik sampai.

Kenangan Semasa Hari Raya 2012

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.