Allahyarham Haji Ismail Haji Abdul Hamid. Ayah sentiasa dihati kami. |
Tuesday, February 12, 2013
AYAH
TikTik, whatapps berbunyi. Biras bagi tau dah sampai depan rumah. Segera menyambut ayah. Tengok keadaan ayah, minta adik ipar bawa kereta masuk. Ayah memang dah tak larat ... Papah ayah masuk rumah, dia minta masuk bilik air, tak nak duduk dulu. Ayah sampai rumah jam 4.45 pm, ayah himbus nafas terakhir pukul 5.00 pm dihadapan kedua anak lelakinya. Sejurus 15 minit sampai rumah. Seorang lagi keluar membeli ubat yang dipinta oleh Ayah. Dalam keadaan gembira dapat beli ubat untuk Ayah , tengok Ayah dah tak de, memang sedih masa tu, sedih ...tapi kena redha Kami cuba call tapi hp dia habis bateri. . Perginya Ayah dengan penuh ketenangan dan senang sangat tapi sakitnya kita tak tau macam mana. Ayah sebenarnya dia tau yang dia akan pergi. Arwah dah sedia untuk pergi selamanya. Dia datang bagi menghantar isterinya untuk dijaga oleh kami. Hingga saat akhir , dia bertanggungjawab ke atas isterinya. Setelah menjaga selama 10 tahun isterinya yang sakit kerana stroke, arwah yang pergi dulu. Segalanya dipermudahkan , Ayah dikebumikan di tanah perkuburan islam kg subang pukul 9.30 malam. Al-Fatihah untuk Ayah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.