Sunday, July 24, 2011

ASEAN AGE GROUP CHESS CHAMPIONSHIP 2011

Tiga orang anak menyertai pertandingan ini. Segala perbelanjaan adalah usaha sendiri. Mendengar kata peransang rakan-rakan yang positif,Datuk  Nicol David berjaya seperti sekarang mulanya dengan susah payah ... begitu juga dengan pemain badminton negara Datuk Lim Chong Wei yang kini bergelar pemain NO1 dunia.  Semua jadi iktibar. Kata positif dan negatif di anggap satu motivasi yang berguna untuk mencapai impian. Bagi mencapai impian tidak mudah. Bertemu dengan pelbagai gelagat manusia. Ada yang benar-benar ikhlas membantu. Ada yang ingin menjatuhkan. Ada juga yang memandang hina. Ada juga menikam dari belakang. Tidak kurang juga memberikan sokongan dan galakan yang positif dan ikhlas.  Rambut sama hitam tapi hati sapa pun tak tau dan tak nampak. Sebagai manusia, cuma melakukan yang terbaik terutama untuk anak-anak. Alhamdulillah 2 orang anak berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara berpasukan rapid event iatu Faqih dan Faqihah. Semoga kejayaan inin akan menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang.

Bersam Kontijen Malaysia

Gangsa Berpasukan Rapid Event - Open 8

Gangsa Berpasukan Rapid Event

Faiqah begitu teruja untuk ke Vietnam pada tahun 2012

Bersama pemain Indonesia

Bersedia untuk bertarung

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.