Saturday, March 26, 2011

Mutiara Kata

Love-quote.

Bak kata hubby ... maafkanlah orang yang dah buat salah kat kita. Kita akan sentiasa bahagia.

Cerita tahun 2010

Dalam sibuk-sibuk membuat persedian MSSD 2010, SKBJ di kunjungi oleh E-baca. Mereka pun mewawancara faqih, masa tu dia darjah 1 dan sudah mewakili sekolah serta akan mewakili negara ke Asean Age group dan WYCC 2010. Tahun 2011 Faqih, Faiqah dan Faqihah akan menyertai Asean Age Goup di Tarakan Indonesia. Walaupun faqih boleh menyertai WYCC 2011 di Brazil, rasanya tak dapat pergi. RM...?


Keratan dari majalah E-baca

Friday, March 25, 2011

Cuti Sekolah

Cuti sekolah yang lepas dipenuhi dengan aktiviti catur.  Penat memang penat. Dalam masa yang sama perlu menanda kertas jawapan murid2 yang sedia ada serta kelas yang tak de cikgu.

Exam paper.... lega dah selesai
Selalu bercuti  dan berehat. Sian anak2 ... akhir tahun ni ya ... InsyaAllah

Next .... MSSD go SKBJ

Friday, March 18, 2011

National Closed Chess Championship 2011

Tak dapat buat liputan sepenuhnya. Gambarpun xleh nak upload sebab tak bawa " card reader ". Sementara anak-anak bermain catur, aku pula sibuk tanda kertas. Sambil tu pergi shopping. Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian. Setakat ini, Faris 2.5, Farihah 3, Faqihah 3 dan Faqih 2. Alhamdulillah mereka telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Semoga kejohanan ini menjadikan mereka lebih baik semasa kejohanan diperingkat daerah nanti, Jika nak tau cerita-cerita berkaitan National Closed bolehlah klik di sini.

Tuesday, March 15, 2011

Catatan NAG 4

Anak-anak bermain catur, mak ayah kat luar yang seram sejuk. Setiap kali anak-anak bermain catur perasaan tu akan datang. Lagi-lagi jika nampak gerakan buah yang tak sepatut di lakukan. Jantung ni berdegup kencang jika melihat anak semasa "end game". Kesian kat faqih apabila dia kalah round 4. Dia tahu telah melakukan gerakan yang tidak sepatutnya. Aku yang kat atas, nampak dia bangun dan berjalan keluar. Pantas aje turun ke bawah, sebab tahu sangat dia akan menanggis. Seperti yang dijangka semasa aku turun tu, dia sedang ditenangkan oleh Sham, salah seorang ibu pemain catur. Dalam keadaan dia teresak-esak tu sempat dia berkata Faqih silap jalan, buah dah takleh gerak, Faqih resign. Sebagai seorang ibu, waktu ini memang anak memerlukan sokongan moral bukan dimarah. Selepas dia tenang barulah kita bagi tahu apa yang perlu. Alhamdulillah, faqih mendapat tempat ke-3, walaupun target dia akan jadi Champion. Tapi yang membanggakan Faqih berjaya mengalahkan Champion NAG 2011 U8-B.
Pusingan akhir faqih menang
Farihah di meja 2
Faiqah dapat tempat ke 5
Faris dapat mendapat tempat ke 12
Faqihah semakin meningkat

Catatan NAG 3

Menjadi kebiasaan, apabila ada kejohanan sebegini, ramai ibu bapa akan mengiringi anak-anak. Kami memang sudah mengenali antara satu sama lain. Banyak cerita baru dan lama. Bertukar-tukar pendapat dan sebagainya. Apa yang saya perhatikan pasukan dari Pulau Pinang mempunyai perancangan yang rapi sebelum mereka turun ke Tronoh. Tak dapat dinafikan Pulau Pinang mempunyai program pembangunan sukan catur yang baik. Bolehlah dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain. Bagi saya yang baik boleh dijadikan contoh dan yang tak elok dijadikan sempadan. Negeri Kelantan juga menghantar team catur mereka dan begitu juga dengan Kuala Lumpur. Bagi SK Bukit Jelutong, ada 9 orang pemain catur menyertai pertandingan ini.  Tahniah kepada ibu bapa mereka kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan untuk memenuhi impian anak masing-masing bagi menyertai pertandingan ini.

Sentiasa memberi sokongan moral kepada anak-anak
Menunggu di luar dewan sebelum R4
Ibu Mithali
Menjamu selera di luar dewan

Monday, March 14, 2011

Catatan NAG 2

Depan rumah yang disewa
Tronoh .... duduk Homestay 3 bilik. Memang puas hati duduk situ. Dari homestay ke UTP lebih kurang 10 minit. Boleh le anak-anak berehat jika habis awal.

Catatan NAG 1

Bertolak dari rumah pukul 7.30 am. Samapi ke UTP dalam pukul 10 am. Seperti selalu, hari pertama, game pertama mesti lambat bermula. Sepatutnya bermula 10.30 am, tapi round 1 bermula pukul 11.30 am. Tempat memang first class gituuu.......... Kita juga kita first class mentality la kan.

Mercu tanda UTP



Sunday, March 6, 2011

Keputusan Akhir Excel Fide Rated Tournament

Berikut ialah keputusan akhir bagi "Excell Fide Rated Tournament". InsyaAllah semua pemain yang belum lagi mempunyai International Rating ( IR ) akan mendapat rating tersebut awal bulan April 2011 nanti.

Final result for Excell Fide Rated Tournament

Friday, March 4, 2011

Bahang Catur

Dapat SMS pada hari selasa 1 Mac 2011, dua mesyuarat akan diadakan di Sabak Bernam pada 3 Mac 2011. Pertama Mesyuarat Teknikal dan kedua Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan MSS Catur. Pukul 9.45 am baru dapat faks dari PPD, menyatakan ada mesyuarat. Tak de surat payah juga nak keluar. Bertolak dari SKBJ pukul 10 pagi, bersama Puan Ong GPK KOKU Seksyen 9. Asyik berborak sepanjang perjalanan , tengok-tengok dah sampai Simpang Lima. Berhenti kat pekan Sg Besar, pekena teh tarik dulu, nak makan kenyang lagi.
Bergerak ke PPD Sabak Bernam, dan mesyuarat bermula pukul 12.30 pm gitu. Habis dalam pukul 1.30 pm. Mesyuarat kedua bermula pukul 2.30 pm - 4.30 pm, tak sempat nak g makan tengahari. Habis mesyuarat bergegas cari Homestay untuk pasukan Petaling Perdana. Alhamdulillah dapat, dan berpuas hati dengan rumah tersebut. Sampai ke rumah 8.30 pm, laparnya .... makan soto je masa jamuan tadi.
9 Mac 2011, akan diadakan mesyuarat penyelarasan pertandingan catur peringkat daerah Petaling Perdana. Kesibukan sudah bermula. Berdoa, semoga Petaling Perdana berjaya mengekalkan kejuaraan untuk kali ke - 2. Harapan juga dipertaruhkan kepada pemain-pemain catur SKBJ, untuk terus hebat bersama CATUR.
SKBJ HEBAT.

Sebahagian dari Pemain Catur SKBJ 2010