Saturday, December 8, 2012

FAMILY OUTING

Semalam dapatla juga kami keluar bersama-sama. Bukan buat apa pun sekadar pergi beli baju sekolah anak2, beli hadiah Kak Cik dan the best part dinner di Big Plate. Satu insiden yang kelakar masa nak bayar parking selepas shopping kerana ramai yang beratur nak bayar parking , aku pegilah bayar kata auto pay parking, boleh salah masuk duit , jenuh tanya org belakang kat mana nak masuk ni? Dan bila resit keluar , mana pulak resit ni, sekali lagi lah mamat tu tunjuk. CDah la org ramai beratur panjang.  Depa dalam kerata gelak bagi nak pecah perut tengok mama depa.

Bab dinner pulak, kononnya nak raikan birthday mama, birthday along n ulang tahun pekahwinan mama abah . Tak pe gabung sekali sebab masing2 sibuk kan ..........   Dah habis makan , bercerita hingga ketawa mcm nak pecah perut. Abah budak2 ni ketawa sampai kuar air mata.

Moral of the story, nak bersama keluarga tak semestinya pergi bercuti sahaja. Boleh bersama menghabiskan  masa di rumah @ outing.  Semoga kebahagiaan ini berkekalan.


Malunya ................





Semua gembira dapat bersama walaupun hanya dapat pergi shopping n dinner sahaja

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.