Thursday, May 17, 2012

CHESSTHON SKBJ

Sebagai seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun, tentu begitu gembira dan teruja bila diberitahu akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Bukan sahaja bertemu tetapi bermain catur bersama TPM. Faqih terpilih kerana, dia pernah mewakili Malaysia ke World Youth Chess Championship. Biarpun waktu itu berumur 7 tahun, dan hanya mendapat 4 point dari 11 pusingan. Bagi saya, pengalaman Faqih bertanding disana banyak membantu meningkatkan prestasinya. Alhamdulillah saya bersyukur, PIBG SK Bukit Jelutong dan juga kenalan terdekat banyak membantu untuk mendapatkan dana ke sana. Permainan ini adalah simbolik kepada pelancaran Chessthon SK Bukit Jelutong.

Objektif Chessthon bukanlah hanya untuk kegunaan Catur sahaja tetapi untuk perkara-perkara lain seperti:
  • Menambah dana tabung PIBG bagi membina laluan berbumbung menghubungkan bangunan pejabat sekolah ke kelas-kelas 5 Tanjung, 5 Tasbih, 5 Tepus dan 5 Tembusu.
  • Membaik pulih Bilik Seni dan Bilik Muzik
  • Menampung perbelanjaan kebitaraan sekolah ( catur dan kesenian &kebudayaan )
  • Membaik pulih PA sistem
 Semoga SKBJ terus hebat.

Pelancaran Chessthon di lobi catur