Sunday, August 7, 2011
Ramadhan Datang Lagi
Kenangan di penghujung tahun1998. Puasa pertama , mendapat berita bapak sakit. Dalam sibuk-sibuk menyediakan jaudah berbuka, bapak meminta belikan tepung pelita untuk berbuka. Bergegas suamiku mencari apa yang dia inginkan. Akhirnya bapak pergi untuk selamanya pada 31.12.1998, bersamaan 15 Ramadhan. Masa tu baru cukup setahun aku menjadi seorang guru. Bapak kurang senang bila aku berhenti kerja semata-mata untuk menjadi cikgu. Aku katakan, kena korbankan kerjaya sedia ada, demi anak-anak dan keluarga. Cuma aku minta, bapak doakan semoga apa yang pengorbanan ini akan membuahkan hasilnya. Alhamdulillah setakat ini, nampak anak-anak semuanya seperti yang aku dan suami inginkan. Al-Fatihah untuk Ayahanda tercinta , Mohamad bin Hashim.
Subscribe to:
Posts (Atom)